05 September 2008

Msia Style 'welcome' Pekerja Asing


Gambar ini menunjukkan betapa baiknya Imigresen Nagara kita yang menyambut tetamu-tetamu dari Bangladesh, Nepal, Pakistan & Vietnam. Gambar ini diambil semasa saya berada di KLIA. Pekerja-pekerja yang mempunyai permit sah telah menerima sambutan sebegini iaitu menunggu di "Car Park" KLIA dan bukannya di ruang balai menunggu lapangan terbang. Kawasan tersebut tiada "AirCond" dan mereka tidak dibenar keluar dan tidak boleh membeli makanan sehingga agent atau majikan datang "menyambut" mereka.

Malahan lebih menjadikan saya geram ialah mereka telah dimarahi dan dimaki oleh RELA seperti anjing dengan begitu sahaja tanpa apa-apa sebab.

Sekiranya mereka merupakan pendatang asing haram, saya setuju keatas "sambutan" sebegini.. tetapi kesiannya mereka yang terpaksa membayar wang di negara masing-masing dan datang ke Malaysia untuk bekerja dengan sah tetapi mendapat "sambutan" sebegini.

Berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.