31 August 2013

Kepulauan Melayu



Kepulauan Melayu adalah kepulauan terbesar dan mempunyai paling banyak gunung berapi di dunia. Ia meliputi seluruh Indonesia, Filipina, Brunei, Timor Leste dan Malaysia Timur, tetapi kadang-kala ia turut meliputi Pulau Papua atau dikenali sebagai Pulau Irian.

Kepulauan ini meliputi 2 juta km persegi dengan populasi seramai 300 juta. Pulau terbesar ialah Borneo dan Sumatra manakala pulau terpadat ialah Jawa. Puncak tertinggi ialah Gunung Kinabalu di Sabah, Malaysia.

Secara amnya, kepulauan ini terbahagi kepada empat bahagian iaitu:

Kepulauan Melayu Barat
Nusa Tenggara
Kepulauan Maluku
Filipina

Iklim di sepanjang kepulauan ini ialah Tropika kerana kedudukannya di Khatulistiwa.
Kepulauan ini juga mempunyai beberapa gunung berapi paling aktif di dunia.
 
Antara pulau-pulau terletak di kepulauan ini ialah:
Sumatra, Jawa, Borneo, Bali, Nusa Tenggara, Timor, Sulawesi, Luzon, Mindanao