05 January 2013

Penubuhan Pasukan Komando Vat 69 PDRM.


Penubuhan Pasukan Komando Vat 69 PDRM.

VAT 69 atau 69 Komando merupakan pasukan Operasi khas Polis Diraja Malaysia berpengkalan di Markas Briged Utara Ulu Kinta, Perak dan manakala "Unit Tindak Khas"di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, diletakkan dibawah arahan Timb. Jabatan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam.

Pada bulan Oktober 1969, lebih kurang 60 daripada 1600 pegawai dan anggota Pasukan Polis Hutan (sekarang PGA) telah dipilih dalam sesi latihan Komando 69 dan akan menjalani latihan asas komando. Sepasukan jurulatih dari United Kingdom Special Air Service Regiment telah dihantar ke Fort Kemar, Perak untuk melatih platun percubaan Komando 69. Diakhir latihan ini, hanya 30 orang sahaja yg berjaya dan merupakan trup nukleus pertama Komando 69. 

Pada tahun 1970an, unit ini memulakan operasi komandonya dan telah dihantar untuk menghapuskan pengganas komunis dihutan. Hasilnya, ramai diantara pengganas komunis telah dibunuh, dicederakan dan lain2 berjaya ditangkap serta jumlah senjata dan kelengkapan komunis berjaya dirampas. Pada tahun 1977, skuadron Komando 69 telah pertingkatkan kepada 3 pasukan dan telah dilatih oleh New Zealand Special Air Service serta mengadakan kursus khas untuk melatih para jurulatih Komando 69 yg terdiri daripada anak watan Malaysia sendiri. Program ini berjaya pada tahun 1980 dan unit ini mempunyai sebarang kelengkapan khas dan keperluan logistiknya sendiri.



Motto: Warisan Darah Perwira

Hitam: Simbolik kepada penugasan Komando 69 dalam operasi2 yg mempunyai kerahsiaan yg tinggi.

Merah: Melambangkan keberanian bagi perajurit2 Komando 69.

Kuning: Melambangkan Ketaatsetiaan kepada Raja dan Negara.

Lembing / Tombak: Lambang senjata tradisi yg digunakan oleh pahlawan2 dan pendekar2 Melayu.

2 Bilah Kerambit: Merujuk kepada angka 69, melambangkan membunuh musuh secara senyap.



VAP = very able troopers