10 January 2013

AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012




Bidang kuasa KPD ke atas sekatan dan syarakt-syarat mengadakan perhimpunan.

Bidangkuasa KPD telah diperuntukkan di bawah Sek 15, Akta Perhimpunan Aman 2012 seperti berikut:

(1) Ketua Polis Daerah boleh mengenakan sekatan dan syarat ke atas perhimpunan bagi menjaga keselamatan, perlindungan hak dan kebebasan orang lain serta ketenteraman awam.

(2) Sekatan dan syarat yang dikenakan berhubung dengan:

(a) Tarikh, masa dan tempoh perhimpunan
(b) Tempat perhimpunan
(c) Cara perhimpunan
(d) Kelakuan peserta semasa perhimpunan
(e) Pembayaran kos pembersihan akibat daripada mengadakan perhimpunan
(f) Faktor alam sekitar, sensitiviti budaya , agama, kepentingan sejarah yang ada pada tempat perhimpunan
(g) Kebimbangan dan bantahan orang yang mempunyai kepentingan
(h) Perkara lain yang difikirkan sesuai bagi Ketua Polis Daerah berhubung dengan perhimpunan.

(3) HUKUMAN : Mana-mana orang yang tidak mematuhi sekatan dan syarat melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM 10,000.00