Kepulauan Melayu adalah kepulauan terbesar dan mempunyai paling banyak gunung berapi di dunia. Ia meliputi seluruh Indonesia, Filipina, Brunei, Timor Leste dan Malaysia Timur, tetapi kadang-kala ia turut meliputi Pulau Papua atau dikenali sebagai Pulau Irian.
Kepulauan ini
meliputi 2 juta km persegi dengan populasi seramai 300 juta. Pulau terbesar ialah Borneo dan Sumatra
manakala pulau terpadat ialah Jawa. Puncak tertinggi ialah Gunung
Kinabalu di Sabah, Malaysia.
Secara amnya,
kepulauan ini terbahagi kepada empat bahagian iaitu:
Kepulauan Melayu Barat
Nusa TenggaraKepulauan Maluku
Filipina
Iklim di sepanjang
kepulauan ini ialah Tropika kerana kedudukannya di Khatulistiwa.
Kepulauan ini juga
mempunyai beberapa gunung berapi paling aktif di dunia.
Antara pulau-pulau
terletak di kepulauan ini ialah:
Sumatra,
Jawa, Borneo, Bali, Nusa Tenggara,
Timor,
Sulawesi,
Luzon,
Mindanao